11 Teknik Selamatkan Duit Anda Dari Terbeban Dengan Hutang
Seperti kebiasaan, saya ingin kongsikan sedikit tip untuk selamatkan duit anda dari terbeban dengan hutang.
Kerana perbelanjaan secara tak terkawal boleh menyebabkan dan mejerumus ke dalam masalah kewangan yang seruis.
Mari kita lihat satu per satu tips yang hendak dikongsikan dibawah ini.
Teknik selamatkan duit #1
Berbelanjalah gaji bulanan supaya kurang daripada pendapatan setiap bulan.
Dengan merancang perbelanjaan keseluruhan secara pecahan bahangian yang telah ditulis dalam artikel sebelum ini.
Teknik selamatkan duit #2
Carikan cara untuk tambahkan pendapatan tidak kita sama anda berniaga secara online atau berniaga di pasar malam.
Jangan hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja, walaupun pendapatan yang ditermia dirasakan sekarang sudah lebih daripada mencukupi.
Kerana kita tidak dapat meramal masa depan dan apa sahaja boleh berlaku tanpa diduga seperti diberhentikan kerja, syarikat menghadapi masalah, kegawatan ekonomi, kemalangan.
Teknik selamatkan duit #3
Ubahkan gaya hidup anda daripada boros kepada jimat.
Mengutamakan keperluan berbanding kehendak serta pilihlah barang dengan kualiti terbaik pada kadar harga berpatutan dengan kemampuan sendiri.
Ramai yang sedang menghadapi masalah kewangan bukan disebabkan jumlah pendapatan yang tidak mencukupi tetapi disebabkan sikap sendiri yang suka boros.
Teknik selamatkan duit #4
Dengan menggunakan buku bajet bulanan.
Kita boleh merancang kewangan dengan lebih sistematik dan kita juga akan dapat tahu berapakah had kewangan yang boleh diperuntukkan bagi setiap perbelanjaan supaya tidak terbabas ke arah perbelanjaan yang tidak perlu.
Teknik selamatkan duit #5
Carannya ialah dengan menabung dengan duit berwarna RM 5, RM 10, RM 20 dengan memecahkan kepada beberapa tabung kerana ini merupakan satu cara simpanan wang yang mudah untuk dilakukan.
Contohnya, Setiap kali dapat wang not warna RM 5, RM 10, RM 20, jangan sesekali dibelanjakan, tetapi terus simpan ke dalam tabung.
Teknik selamatkan duit #6
Kepada pengguna kad kredit pula cuba elakkan dengan pembayaran minima kerana kad kredit ini umpama pedang yang sangat tajam jika tersalah guna dan boleh membahayakan diri-sendiri.
Kad kredit hanya sesuai digunakan ketika ingin membeli sesuai barang keperluan yang nilainya tinggi tanpa perlu membawa wang tunai yang banyak.
Teknik selamatkan duit #7
Elakkan daripada tabiat membeli belah tanpa ada sebarang perancang, beli apabila perlu sahaja dengan cara mengawal perbelanjaan ikut keperluan.
Teknik selamatkan duit #8
Memupuk tabiat bebas hutang dikalangan ahli keluarga sepaya dapat berjimat cermat dan berjaya memngukuhkan kewangan.
Jika ada lebihan wang dari pendapatan sampingan jadi bolehlah menggunakan untuk buat bayaran tambahan supaya dapat bebas hutang dengan lebih awal.
Teknik selamatkan duit #9
Pakej insurans/takaful kenderaan juga perlu dikaji dan memilih dengan harga yang berpatutan.
Kerana anda bukan sahaja perlu membuat bayaran ansuran bulanan bagi pinjaman/pembiayaan kereta.
Malah anda juga perlu fikirkan kos-kos lain seperti minyak, penyelenggaraan, tol dan parking.
Teknik selamatkan duit #10
Kawal atau kurangkan beriadah dipusat membeli belah.
Kerana apabila kita kerap beriadah di pusat membeli belah dengan niat asal yang tak mahu berbelanja pun boleh tewas.
Tanpa kita sedar banyak wang mengalir keluar dengan terbeli barang-barang yang sebenarnya tak diperlukan pun.
Teknik selamatkan duit #11
Kurangkan atau berhenti terus dari merokok,
Ini adalah punca utama anda menggunakan wang untuk tujuan barang bukan keperluan dan menyebabkan aliran tunai yang sangat banyak diperlukan untuk menampung pembelian rokok setiap bulan.
HALAMAN SELANJUTNYA:
