5 Nasihat Kewangan Untuk Mencapai Matlamat Serta Kejayaan
Kali ni kita lebih fokus kepada nasihat kewangan untuk mencapai kejayaan kewangan yang lebih mendalam.
Mesti ramai tercari-cari cara untuk mengukuhkan kewangan keluarga atau diri sendiri, tujuannya tidak lain ialah demi kesenangan masa keluarga di hari tua nanti. Mari kita lihat apakah bentuk nasihat kewangan yang akan dihuraikan bi bawah ini.
Nasihat kewangan #1 – Semua orang kena ada impian yang besar
Sudahkah anda mempunyai impian kewangan anda?
Jika merasa diri masih belum ada mari kita ciptakan impian sekarang.
Pertama kita perlu pastikan impian yang besar tapi realistik untuk mencapai tahap kebebasan kewangan yang mana dah berjaya menjana pendapatan pasif kukuh sehingga mampu menampung perbelanjaan sedia ada dan anada akan daat mendiami rumah yang besar dan selesa serta memandu kereta yang elok.
Ataupun anda juga boleh menggukan wang ke arah perkara yang disukai atau minat seperti melancong dan mengembara tanpa perlu fikirkan tentang masalah kewangan atau anda juga boleh selalu makan di restoran dengan makanan sangat enak.
Untuk panduan kewangan keluarga pula, impian untuk memberikan nafkah secukupnya kepada isteri termasuk menyediakan pendidikan terbaik untuk anak-anak serta menyumbang wang untuk membantu ibu bapa.
Tidak salah kita hendak memiliki impian yang besar. BIni sangat penting dengan mempunyai impian yang besar dan realistik akan menjadi pendorong bagi kita mencapai kejayaan.
Nasihat kewangan #2 – Tetapkan matlamat, buat sampai jadi
Setelah kita dah tetapkan impian, selepas itu kita kena tetapkan pula matlamat kewangan dan rancang pelan kewangan untuk merealisasikan impian supaya menjadi kenyataan.
Contohnya, daripada impian kewangan yang kita diimpikan maka sekarang kita pecahkan kepada matlamat-matlamat kewangan seperti tabung persaraan, bina dana kecemasan, tabung pelaburan dan dana pendidikan anak-anak
Masa yang spesifik perlu ditetapkan jumlahnya
Sebagai contoh, kita hendak simpan dana kecemasan sebanyak RM 20,000 dalam masa dua tahun.
Ataupun ingin memiliki dua buah rumah untuk disewakan sebagai aset pelaburan dalam masa tiga tahun.
Maka selepas kita tetapkan matlamat, keperluan merancang pula diperlukan dalam pelan kewangan untuk capai matlamat tersebut.
Kita juga boleh mula dengan menstrukturkan bajet kewangan bulanan atau mingguan supaya dapat aliran tunai positif atau juga boleh tambahkan sumber pendapatan sampingan untuk memperbanyakkan lagi simpanan.
Nasihat kewangan #3 – Berdisiplin dalam membuat simpanan
Jika kewangan anda tiada sebarang simpanan, maka anda tidak dapat mencapai apa pun impian atau matlamat kewangan. Masih tidak terlambat kalau anda mula menyimpan wang dari sekarang.
Caranya ialah, mula dulu dengan menyimpan sedikit semi sedikit secara konsisten dan berdisiplin dengan simpanan yang dibuat, lama kelamaan adan akan terbiasa, Semakin banyak menyimpan,maka semakin cepat dan mudah nak capai matlamat kewangan.
Simpanan kewangan wang terbaik adalah dengan membuat simpan sama ada Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputera (ASB) kerana profit pulanganya sangat memberansangkan.
Nasihat kewangan #4 – Kawal emosi dan nafsu berbelanja
Punca utama kenapa ramai gagal menyimpan duit dan mencapai matlamat kewangan yang diingini kerana disebabkan gagal mengawal nafsu berbelanja. Terlihat sahaja barangan mewah yang diingini terus keluarkan wang dan membelinya tanpa memikirkan matlamat yang sedang dirancangkan.
Akibatnya, kewangan perbelanjaan telah melebihi pendapatan sediada dan menyebabkan tiada simpanan dapat dilakukan. Situasi ini terjadi angkara tidak dapat mengawal emosi dan nafsu berbelanja dan terlalu terikut gaya kehidupan mewah walaupun sebenarnya diri sendiri tak berkemampuan pun.
Maka adna perlu mengawal emosi ketika berbelanja serta cuba bezakan yang mana satu keperluan dan yang mana satu kehendak. Buatkan perbandingan harga dan kualiti sebelum membeli sesuatu barang yang diingini dan nilaikan kemampuan kewangan sendiri.
Nasihat kewangan #5 – Pelbagaikan sumber pendapatan sampingan
Jika merasakan pendapatan yang diperolehi sekarang tidak mencukupi, maka kita cuba pelbagaikan lagi sumber pendapatan kerana terdapat banyak cara kita boleh menambahkan sumber pendapatan, contohnya :
Jika sumber pandapatan utama kita adalah daripada kerja berpendapatan tetap maka kita cuba pelbagaikan pendapatan dengan membuat perniagaan kecil-kecilan dan yang paling mudah sekali ialah bisnes online.
Macam yang dikatakan dunia tanpa sempadan, teknologi di hujung jari dengan hanya berada di mana-mana sahaja anda boleh menjana pendapatan tambahan dengan mudah. terdapat banyak jenis bisnes online seperti bisnes online di Facebook, buat duit dengan affiliate, amazon, alibaba atau bisnes ebay.
Untuk mereka yang sedang berniaga secara kecilan pula, kembangkan perniagaan yang sediada untuk menambahkan pendapatan dan hasil daripada perniagaan itu jangan pula dibelanjakan secara boros, sebaliknya buat peruntukan untuk membeli aset dan membuat pelaburan.
HALAMAN SELANJUTNYA:
