5 Fasa Asas Pengurusan Kewangan Yang Wajib Anda Tahu
Sudahkah anda tahu beberapa perkara asas dalam menguruskan kewangan dengan baik?
Supaya kewangan anda tidak terjerumus dengan hutang yang terlampau banyak.
Cara mengurus kewangan adalah penting dilakukan secara sistematik dan teratur.
Bukan hanya sekadar hentam ikut suka hati takut nanti tak terkawal pula kewangan anda.
1. Pendapatan (Income)
Setiap pengurusan kewangan akan bermula dengan wang.
Kerana jika tiada wang kenapa kita perlu fikir nak uruskan dengan baik.
Untuk fasa pertama ini kita perlu menghasilkan pendapatan.
Tak kira samaada pendapatan itu melalui gaji, upah, bisnes atau apa scaranya yang mendatangkan wang.
Yang paling penting,
Pendapatan kewangan itu diperolehi melalui saluran yang betul (HALAL) dan mengikut undang-undang bagi orang Islam.
Dari segi nilai pendapatan pula,
Samada kecil atau besar tidak menjadi masalah.
Kerana pendapatan yang kecil pun jika diurus dengan cermat boleh membuatkan kita hidup dengan tenang.
Kepada yang mempunyai pendapatan besar jika tidak cerdik menguruskannya hidup akan terasa sempit dan sesak juga.
2. Simpanan (Saving)
Bak kata pepatah orang tua-tua “Bayar kepada diri-sendiri terlebih dahulu.”
Itu yang bermaksudkan untuk setiap pengurusan kewangan,
Sebahagian daripadan pendapatan yang kita perolehi perlulah disimpan terlebih dahulu sebelum dibelanjakan.
Objektif utama untuk fasa kedua ini adalah:
Untuk membina dana kecemasan dan tabung pelaburan untuk masa akan datang nanti dan juga bertujuan untuk mendidik diri kita supaya berdisiplin dengan wang yang ada.
3. Perbelanjaan (Expense)
Hasil baki wang selepas simpanan daripada fasa dua.
Boleh dibelanjakan tetapi bukan untuk belanja dengan sesuka hati.
Kita juga perlu tahu ke manakah wang kita hendak dibelanjakan setiap hari, minggu dan bulan.
Kita perlu membezakan perbelanjaan keperluan dan perbelanjaan kehendak.
Untuk mengenalpasti perbelanjaan tetap dan perbelanjaan boleh ubah dari situlah, kita boleh merangka serta mengawal kewangan supaya perbelanjaan lebih terkawal.
4. Perlindungan (Protection)
Di fasa ini pasti ramai yang telah mengabaikan fasa perlindungan.
Ini kerana tiada sebarang kesedaran dan inisiatif untuk mengambil perlindungan seperti iaitu takaful/insuran dalam kalangan masyarakat kita.
Untuk pengetahuan Anda,
Insuran/takaful ini sebenarnya dapat melindungi pendapatan dan simpanan kita daripada hangus dengan masalah atau kemalangan yang tidak dijangka.
5. Pelaburan (Investment)
Fasa pelaburan pula,
Adalah fasa yang dapat menukarkan pendapatan dan simpanan kita kepada aset samaada dalam bentuk aset kertas atau aset tetap.
Kerana jika kita menyimpan sahaja dalam simpanan bank sahaja tanpa melabur, lama-kelamaan wang simpanan itu akan terhakis oleh inflasi tanpa kida sedari.
Contohnya, nilai wang RM 50 atau RM 100 pada hari ini tidak lagi akan sama pada masa 10 tahun akan datang.
Oleh itu jalan terbaik adalah dengan membuat pelaburan adalah sangat penting untuk mengandakan nilai wang supaya kewangan kita akan kukuh pada masa akan datang.
HALAMAN SELANJUTNYA:
