5 Salah Faham Tentang Menguruskan Duit Yang Mesti Diperbetulkan
Ramai yang salah faham dan mengambil mudah tentang pengurusan wang, ini akan menyebabkan berlakunya masalah kewangan yang seruis dikalangan masyarakat kita.
Akibat beberapa salah faham ini,
Akibat salah faham inilah pihak kami mengambil inisiatif untuk memperkenalkan cara menguruskan duit dan kewangan mereka yang betul.
Keran salah faham inilah, kedudukan kewangan individu itu menjadi lemah dan pelbagai masalah kewangan wujud hingga terpaksa berhutang.
Apabila kejadian ini berlaku, individu itu mula menyalahkan pihak lain termasuklah majikan, kerajaan, keluarga, peniaga, pelabur, rakan dan sebagainya.
Terdapat 5 salah faham urus duit yang sering berlaku:
“Gaji tinggi, hidup selesa”
Inilah apa yang ditanam dalam fikiran masyarakat kita sejak dari dulu lagi. Kononnya seseorang itu akan hidup selesa jika mendapat jumlah pendapatan yang tinggi kerana dia kaan dapat beli apa sahaja yang diingini.
Tetapi ini merupakan kesalaha yang besar kerana jumlah gaji yang tinggi tidak bermakna individu itu bebas daripada sebarang masalah kewangan.
Kebanyakan individu mempunyai tabiat yang suka menambah perbelanjaan apabila pendapatan mereka bertambah. Pantang gaji naik sedikit terus mengidamkan sesuatu yang melebihi dari pendapatan kerana befikiran ia boleh dibayar secara ansuran.
Dapat sahaja bonus dari syarikat, kebanyakan akan dihabiskan bershopping membeli pakaian-pakaian mahal, melancong, membeli gadjet baru dan barang-barang bukan keperluan.
Akibatnya, pendapatan gaji yang tinggi itu akan habis dalam masa yang singkat dan kehidupan masih tetap dibelenggu masalah kewangan.
“Simpan duit apabila ada duit lebih sahaja”
Keadaan ini terjadi hampir semua lapisan masyarat, selepas mendapat gaji bulanan mesti seseorang itu akan, puaskan dulu kehendak diri dengan membeli-belah dan makan makanan yang mahal serta membeli kelengkapan diri barulah lebihan duit ituakan disimpan.
Jika seseorang itu tidak dapat mengubah tabiat tersebut, sampai bila-bila masalah kewangannya tidak akan bertambah baik dan bakal menjerumus dalam masalah kewangan yang seruis.
Dibawah ini adalah perkongsian cara menyimpan duit gaji demi kesenangan pada masa depan nanti.
Sebagai Contoh, Individu yang bergaji RM 3,000 sebulan, disarankan menyimpan 10% iaitu sebanyak rm300 daripada jumlah gaji lagi banyak boleh menyimpan lagi bagus untuk kewangan.
Penyimpanan perlu konsisten dan tidak boleh ditangguh walau sebulan kerana ia boleh seseorang itu kembali ke tabiat lamanya dan hasil simpanan ini akan memberikan kesenangan pada masa hadapan.
“Gaji sikit, susah nak menyimpan”
Alasan yang paling ramai suarakan kerana pendapatan yang sedikit tidak mecukupi untuk menyimpan secara konsisten. Ini menang tidak dinafikan dengan kos sara hidup yang tinggi ada zaman sekarang memang agak sukar bagi seseorang yang berpendapatan kecil untuk menyimpan. Apatah lagi jika mempunyai jumlah keluarga yang besar.
Tetapi, janganlah jadikan alasan ini untuk tidak menyimpan langsung, mulakan dengan menyimpan duit dengan jumlah yang kecil dahulu tetapi pastikan konsisten setiap bulan kerana ini penting untuk memupuk minat seseorang itu menabung.
Apabila pendapatan semakin bertambah, individu itu akan lebih seronok untuk menyimpan kerana telah terdidik pada awal dulu.
“Jimat-cermat pada waktu gawat sahaja”
Seseorang itu tidak semestinya berjimat cermat sepanjang masa sehingga mengganggu pengurusan keluarga. Ini dalah satu salah daham yang seruis, jika ada pendapatan lebih berbelanjalah bersama keluarga sekali kala demi meningkat keharmonian dalam rumah tangga.
Berbelanja perlu dikawal sepanjang masa, tidak kira waktu senang atau pada waktu susah. Seseorang itu perlu utamakan perbelanjaan keperluan berbanding kehendak dan sentiasa merangka bajet mengikut kemampuan kewangan sendiri.
Kunci utamanya dalam pengurusan duit adalah hidup bersederhana, jangan terlalu boros dan jangan pula terlalu kedekut sehingga menyusahkan diri – sendiri.
“Duit banyak-banyak, bukan boleh bawa masuk kubur”
Kata-kata yang biasa dilemparkan dari kenalan ketika seseorang itu dalam fasa handak menyimpan duit dan sebagai golongan yang pandai urus duit mereka akan terus dengan target apa yang mereka ingin capai tanpa hirau sebarang halangan.
Kerana dengan kewangan yang kukuh akan dapat membantu seseorang untuk mencapai kesenangan dihari tua kelak.
Hasil simpanan kewangan yang kukuh inilah akan membantu kita untuk menunaikan zakat, sedekah dan wakaf dengan lebih mudah?
Iktibar daripada kisah harta wakaf sahabat Nabi s.a.w. di sini: Kisah Harta Wakaf Saidina Uthman ibn Affan
Zakat, wakaf, sedekah, insyaAllah dengan semua ini jika dilakukan dengan ikhlas, akan menjadi ‘pelaburan’ yang berterusan dan memberikan hasil.
HALAMAN SELANJUTNYA:
